Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Menghilangkan Kuning Gigi

Gigi anda kuning? ingin putih sebersihnya..apa kata anda cuba petua nie..mudah-mudahan berkesan nanti...
barulah nanti senyuman kita menawan..kan?



1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Sapukan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

Petua di atas mungkin ambil masa kalau nak betul-betul putih.Kalau rajin amalkan lah, insya allah boleh putih..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..hehe..


p/s:
saya ada try ubat gigi jenama colgate yg
terbaru untuk putihkan gigi x silap saya...alhamdulillah
sekarang nampak perubahan dia..
apa kata korang try pula...
good luck !

Wednesday, August 14, 2013

Petua Kempiskan Perut

Sumber: En. Google

Pilihan 1: 
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Pilihan 2:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Pilihan 3:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

Pilihan 4: 
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah dengan mencampurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan tersebut pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Pilihan 5: 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 6: 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.



p/s:
lepas raya ni mesti berat badan dah naik..
ntah2 perut pon naik sama.
So..sama-samalah kita praktis.

Wednesday, July 18, 2012

Petua hilangkan resdung

Assalammualaikum.....
dah bangun ke blom nie?? hehehe korang2....nak mnta tolong nie...
korang ada petua x nak hilangkan resdung...??
resdung saya nie makin menjadi-jadila...
huhuhu
yang effectnya dekat mukala...huhu 
abis biji-biji kat muka walaupun kecik...
kadang2 tu sekali jerawat haaa...
lepas tu abis parut kt muka nie bekas jerawat...
haishhhh sedih taw...
xtaw dh nak wat cena..

selalunya saya makan ubat resdung jelah...bila time bersin je pepagi haaa
ataupun gatal hidung...
kalau korang ada petua tolong ae bagitaw...
appreciate sangat pertolongan korang semua...







p/s: sedih taw korang bila muka
abis berparut..

Saturday, February 25, 2012

Kerisauan kembali Menjelma

Assalammualaikum semua...agak sopan hari ni kan * sambil mata kedip-kedip hehehe
saya agak risau sebenar ni..dari semalam lagi haa..
nak tahu nape? my dear tak sihat then doc. ckp darah merah kurang
after check. then doc. ambil darah utk check lg.supposely result
taw hari khmis lepas but at that time dia kt UMP
so tggu next week baru g ambil the actual result.
i'm so worry..hope nothing bad happen to him..
sobsobsob

awakkkk.. ni ada pesanan untuk awak:

1. awak kena makan kerang taw.
2. then xnak dah makan makanan fast food or cikedis ke apa
3. taknak makan organ dalaman binatang taw cth: hati ayam
4. makan bayam and kangkung banyak2 (semua sayuran hijau)
5. tak nak dah minum air gas2 nie..
6.jeruk kering ke basah ke x boleh jugak.
7. last but nit least, makan buah epal hijau and delima..but i think u should eat
DELIMA MORE..


saya bukan nak kongkong awak but untuk jaga kesihatan awak nak tambahkan darah merah dlm badan awak. saya xnak awak sakit..atlet sukan mana boleh sakit kan? (^_^)
saya nak awak sihat macam selalu. apa yg saya suruh awak mkn n larang tu semua saya ikut sunnah Rasulullah yg x bagi kita makan organ dalaman haiwan n banyakkan makan buah DELIMA.
InsyaAllah keadaan awak akan bertambah sihat.AMIN.

saya doakan awak moga cepat sembuh n cergas seperti selalu.

ikhlas,
your love




p/s: kalau korang taw cmna nak tambah darah
merah kongsila yer..
(^_^)

Monday, January 2, 2012

Bagaimana menghilangkan loya/mabuk di awal kehamilan??

mesti korang pelik kan dengan entry nie??/ hehehe sebenarnya kan?? one of my blogger dapat good news pada tahun baru yang dia dah hamil 2 minggu.....
so excited kan uols??
nak tahu siapa blogger tersebut???


i'm so happy for her...baru jer 2 bulan berkahwin akhirnya Allah bagi rezeki pada beliau dan suami untuk eratkan lagi hubungan mereka berdua...so...
disini saya nak bagi tips ckit bagaimana nak elak rasa mual2 yerk k.zie...
hehehe
....
...
...
...
...
...

Untuk mengurangkan mual/ loya, boleh cuba petua di bawah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3. Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Petua yang ini dititipkan oleh sahabat di SiM. Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya.

Petua tradisional :

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.



Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... 






p/s: so apa lagi k.zie cepat amalkan
\(^_^)v