Friday, January 27, 2012

kad kahwin Yusry dan Lisa Surihani

kad kahwin


sebelum nie saya tertunggu-tunggu jugak kad kahwin Yusry dan Lisa..tup-tup dah ada...dalam bayangan saya nie ingatkan kad kahwin diaowang mesti grand2....tapi bila tengok simple jer..n the mostly is sweet.....
suka sangat pasangan nie yang hanya bersederhana dalam berbelanja..xdala membazir banyak sangat..
nnt nak tggu majlis perkahwinan mereka pulak laaa...







p/s: x sabar la nak tggu..
(^_^)

Wednesday, January 25, 2012

Ribut solar akan melanda bumi


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi pada bila-bila masa dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.
Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.
Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.
Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.
Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.
Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.
Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.




p/s: minta dijauhkanla sangat2..
amin..






sumber: akusijebat

#Wordless Wednesday [versi 2]






p/s: moga kekal hingga 
anak cucu...amin.

Saturday, January 7, 2012

Janji Iblis kepada Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!

Nauzubillah.





p/s: teringin nak berubah kearah kebaikan..tapi bukan
senang..
InsyaAllah 1 hari nanti..
AMIN...

Wednesday, January 4, 2012

Lagi isu Amalina Che Bakri

semalam saya ada post entry mengenai pelajar SPM, Amalina Che Bakri yang telah berubah penampilan beliau ke arah keseksian...ada ke ayat cmtu.. hahaha 
kalau korang belum baca meh terjah sini ..
pagi nie...ibu beliau tampilkan diri menjawab segala isu-isu yang heboh di Facebook dan blog-blog
mengenai perihal anak beliau...
mari kita skodeng apa ibu beliau jawab yerk kawan-kawan...
....
...
...
...
...
...
...


JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.





p/s: sama-samalah kita berdoa untuk beliau
AMIN...








sumber: Harian Metro

#Wordless Wednesday [versi 1]

Tuesday, January 3, 2012

Amalina Che Bakri dah seksi??

korang mesti kenal Amalina Che Bakri kan??alaaaaa...pelajar SPM yang dapat 17A1 tue....kalau korang xtaw jugak mmg korang nie x tengok berita laaa...
hehehe juz kidding...
dah lama kita x dengar pasal dia lepas dia sambung belajar dekat University of Edinburgh dalam bidang perubatan.tup-tup dua tiga hari lepas tersebar gambar beliau yang super duper seksi....
kalau korang x caya cuba tengok nie...meh kita skodeng...
...
...
...
...
...
...




apa korang rasa?? adakah disebabkan cultural shock?? xtawlah nak cakap apa...macam x caya jer dia macam nie dah sekarang nie...ya Allah minta simpangla....harap-harap x betul la gosip nie nie kan...
saya lebih suka Amalina yang dulu dari sekarang...






p/s: lebih suka dia pakai tudung dari yang
sekarang...

Trailer Movie Biar Mimpi Sampai ke Bintang

korang dah tengok ker movie lakonan Elfira Loy ?? kalau belum korang patut tengok sebab bagi saya memang best sgt citer tue taw...
sweet jer Andy nie...aishhh kan dah berkenan 
hahaha
apa lagi jom terjah.....

...
...
...
...




p/s: cantik betul Elfira nie...
kening lebat..
(^_^)

Hotel terbalik

pernah x anda berfikir akan berjumpa dengan sebuah hotel??mesti amat pernah kan tapi korang pernah jumpa x hotel yang kedudukannya terbalik?? kalau belum meh kita skodeng gambar dibawah nie...
...
...
...
...
...
...
...
...









betul x korang???terbalik kan...tapi menurut sumber bangunan nie bukanlah hotel seperti mana yang kita fikirkan...bangunan nie adalah "wonderworks" yang menempatkan barang art and science lebih kurang macam muziumla...
btw, bangunan nie boleh dijumpai di State Florida..




p/s: untung betul klu dpt
pegi tgk kan?
(^_^)

Alhamdulillah...

selamat pagi uols...pagi nie saya beransur sihat setelah 2 hari ada kat Puncak demam, sakit tekak, selesema...
aishhhhh banyak benor sakitnya kan???
macam xnak bagi balik puncak je...hikhikhik tulah penangan balik rumah lama..
btw, saya balik kampung seminggu so seminggu tue rumah x bersapu bilik x dibersihkan banyaklah habuk-habuk yang ada...
saya nie sensitif sikit dengan habuk so jadi beginilah...
huhuhuhu
tapi xpe...terima kasih kepada orang yang menolong saya g beli ubat sakit tekak n teman saya makan...
i really appreciate it..
harini saya ada test..tapi x study lagi gara-gara x sihat nie...
skrang ...terpaksa pulun untuk study...nnt lepas test saya akan update my blog ok??


wish me good luck uols...



p/s: terima kasih Allah
(^_^)

Monday, January 2, 2012

Scha al-Yahya akan menamatkan zaman bujangnya

wahhh...di awal tahun 2012 banyak bebenor dapat berita mengenai artis kita sekarang nie yang akan menamatkan zaman bujangnya...siapa lagi kalau bukan Scha & Awal...
menurut sumber mereka akan  menamatkan zaman bujang pada pertengahan tahun nie..
wahhh suke2...
Scha sendiri telah mengaku dengan mengatakan mereka akan menikah sekitar March & Jun nanti... selain itu mereka juga telah berkata walaupun ada perancangan mengenainya tetapi mereka masih belum menempah pakaian pengantin dan tarikh sebenar..
sama-sama kita nantikan pengumuman mereka ini...
bukan itu sahaja, mereka tidak menafikan majlis mereka akan berlangsung di PICC, selepas Lisa Surihani & Yusry KRU mengumumkan majlis resepsi mereka akan berlangsung di sana...
congratz buat Awal & Scha...


so sweet...





p/s: dah 2 pasangan artis yang akan melangsungkan
perkahwinan mereka pada tahun 2012.
siapa seterusnya??
(^_^)

Majlis Pertunangan selesai sudah...

selamat pagi.....korang dah breakfast ke belum...??  seminggu saya x update blog kerana time tue saya bercuti then sibuk plak dengan majlis pertunangan nie haa...
Pertunangan??? sape?? mestilah saya....ada hati betul nak tunang.blajar pon x abis g. keh keh keh
back to the topic...
sedara saya yang bertunang sebenarnya..lelaki...pasangan dia plak ex-student sekolah menengah dia dulu..
kiranya bermain mata time sekolah lagila..
hehehehe
saya of course ler pegi ikut manalah x ikut...nnt x meriah...cehhhh perasan..
setelah bincang n bincang telah ditetapkan nilai hantaran tersebut sebanyak 
RM X,XXX.XX 
harus dirahsiakan uols..
...
...
...
...
...
...
...

upacara menyarungkan cincin


sayang jangan x sayang..


dengar kata majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada bulan 6 nie time cuti sekolah...waduh.. waduh..gawat nie.. time tu saya ada kat sini myb nak dekat final dah... apapon nk try balik jugak nnt.. 
hehehe
cik izlya sila jeles kerana anda x pergi ye...
btw, amat jeles dengan beliau kerana pandai pilih pasangan yang berhidung mancung taw uols...cantikk...
n saya solute dengan parent sedara coz walaupun mereka keluarga yang boleh dikatakan agak berada tapi x kisah pon anak-anak nak pilih siapa sebagai pasangan hidup..
cayalahhhhh !!!




p/s: tema apa plak kenduri kali nie??
nak kena cari kain baru..
(^_^)v

Ciri-ciri Suami Idaman



1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik.
Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Hadiah penghargaan.
Tidak salah sekiranya suami menghadiahkan isteri hadiah penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup bersama.


7. Membantu isteri di rumah.
Sebagai seorang suami, apa kata sekiranya turut membantu isteri anda memasak dan mengemas rumah dihujung minggu. Apabila bersalin, turut membantu memasak dan menyuapkan makanan kepada isteri dan menyusukan anak yang baru dilahirkan.


p/s: so...apa korang rasa???ada ker
ciri-ciri macam nie wahai kaum adam...
(^_^)

Bagaimana menghilangkan loya/mabuk di awal kehamilan??

mesti korang pelik kan dengan entry nie??/ hehehe sebenarnya kan?? one of my blogger dapat good news pada tahun baru yang dia dah hamil 2 minggu.....
so excited kan uols??
nak tahu siapa blogger tersebut???


i'm so happy for her...baru jer 2 bulan berkahwin akhirnya Allah bagi rezeki pada beliau dan suami untuk eratkan lagi hubungan mereka berdua...so...
disini saya nak bagi tips ckit bagaimana nak elak rasa mual2 yerk k.zie...
hehehe
....
...
...
...
...
...

Untuk mengurangkan mual/ loya, boleh cuba petua di bawah :

1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan ibu hamil tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu. Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh. Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.

3. Bukan hendak buat promosi percuma, tapi ada kebenarannya. Minum air 100 plus, pastikan ibu hamil buang gasnya dulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Air yang dingin ini boleh minum begitu saja, atau bekukan dalam freezer (dalam ice cube tray). Bila ibu hamil rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan. 100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.

4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Saya dah cuba yang ini, memang berkesan, cuma susah nak jumpa buah pala dijual di sini.

5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang (memang berkesan!)

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

7. Petua yang ini dititipkan oleh sahabat di SiM. Sediakan biskut kering (plain crackers, jenama popular adalah Jacob's) tanpa perisa di tepi katil. Sebaik sahaja bangun dari tidur, tanpa mengubah posisi badan semasa terjaga dari tidur, makan sekeping dua biskuit kering yang diletakkan di tepi katil. Penting, posisi tidur tidak diubah kerana jika melakukan pergerakan, asam lambung di lambung akan turut berubah posisinya. Dikatakan, perlu dibuat pada waktu pagi kerana pada masa itulah, posisi yang menentukan kedudukan asam lambung. Biskut kering dikatakan berfungsi untuk mengikat asam lambung sehingga mungkin boleh mengurangkan mabuk atau loya.

Petua tradisional :

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.



Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, suami kena berniat seikhlas hati, jika isteri mengandung, minta mabuk/loya/pening itu ditanggung juga oleh suami. Jadi, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada suami. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas, mungkin tak jadi... 






p/s: so apa lagi k.zie cepat amalkan
\(^_^)v

Sunday, January 1, 2012

Kenagan yang tak dapat diulangi lagi

korang ada x gambar masa sekolah rendah dulu???
hehehe agak lawak bila kita tengok balik gambar masa kita zaman kanak-kanak dulu kan??
sebenarnya my frenz ada share 1 gambar ngan saya..bila saya tengok gambar tue terus gelak-gelak sebab gambar tue masa kitaorang sekolah rendah time darjah 6 x silap saya...so cute n funny...
korang nak tengok???jom skodeng kat bawah...
...
...
...
...
...
...
...
...


haaaa.....cer teka...cer teka...mana 1 saya di antara semua....ngeeeee



p/s: really miss this moment
uols..

Artis tercantik pilihan MyMetro

Undian bagi artis tercantik MyMetro telah berlangsung dari 2 Oktober 2011 dan berakhir semalam..
terdapat 14 orang artis yang terlibat dalam undian tersebut...
Tetapi...
pemenangnya sudah dikenalpasti...korang nak taw sape yang dapat tempat pertama??
meh kita skodeng ckit....
...
...
...
...
...
...
...

inilah pemenang pertama 

Ayu Raudhah telah mendapat tempat pertama dengan undian sebanyak 115,000...... wowww !!! banyak betul..sekarang nie Ayu telah berkahwin dengan pemain bola sepak sape lagi Zaquan lar....
untung betul Zaquan kan??

tempat kedua..

Neelofa memang sesuai dinobatkan artis tercantik kerana beliau mempunyai pakej yang cukup...cantik, pandai dll... beliau mendapat undian sebanyak 85,272 undi.

tempat ketiga

amboi...amboi...amboii.....adik dapat kakak pon dapat artis tercantik....untung betul keluarga mereka nie kan...aishhhh

selain mereka bertiga, Nora Danish mendapat tempat keempat...Antara artis lain yang tersenarai adalah Natasha Hutson, Diana Danielle, Lisa Surihani, Siti Nurhaliza, Maya Karin dan Maria Farida...
serta rakan-rakan lain.



p/s: untung mereka tue
(^_^) 

Welcome 2012...

tak lambat lagi kan untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012...
cepat betul masa berlalu...pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru
DAN
umur dah makin meningkatla....dah 22 tahun dah...x tua lagi kan??cepat ngaku !! hehe
btw, sori sangat klu korang ada dtg mlwat blog saya 2 3 ari lepas...saya langsung x sempat nak update entry sebabnya saya ada kat kampung..bercuti....
syurga sangat2 taw uols dapat balik kampung...
sekarang nie dah ada kat puncak dah baru jer sampai petang tadi...
TAPIIII....
yang sedihnya saya baru taw kelas revision untuk besok cancel n ganti ari SELASA..... napa x cakap awal?/
huhuhu sedih saya duduk rumah sorang2...
hohohoho
xpelah bolehla saya blogwalking malam nie...jom2....