Wednesday, August 14, 2013

Nak Dapat Duit Raya??

Sapa nak duit raya???
Haaa...mesti semua nak kan??
jomla kita main klik-klik....


Anda klik anda dapat AND
saya pun dapat..
SO..
...
...
...
...

jom KLIK

Petua Kempiskan Perut

Sumber: En. Google

Pilihan 1: 
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Pilihan 2:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Pilihan 3:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

Pilihan 4: 
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah dengan mencampurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan tersebut pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Pilihan 5: 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 6: 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.



p/s:
lepas raya ni mesti berat badan dah naik..
ntah2 perut pon naik sama.
So..sama-samalah kita praktis.

Kek Batik Biskut Marie

Sumber : En. Google


Bahan-bahan:

1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam.
9. Boleh dihidangkan and sedia di makan 


SELAMAT MENCUBA !!


p/s:
maaf waktu buat dulu tak ambil 
gambar.hehe

Tuesday, August 13, 2013

Side Income

Anda ingin menjana pendapatan sampingan?
TANPA perlu membayar duit pendahuan?
TANPA membazirkan masa?
TANPA mengganggu urusan kerja seharian?

anda hanya perlu menjawab SURVEY yang diberikan..
HANYA menggunakan seminit dua sahaja..
anda akan mendapat bayaran berdasarkan SURVEY tersebut..
tepuk dada tanya selera..
tidak salah ingin membuat side income..

hanya NAK or TAK NAK....



Selamat Hari Raya

Assalammualaikum...


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN 

Maaf agak terlewat untuk meng'wish' raya..hehe bukan apa terlampau sibuk tersangat pada hari raya 
pertama dan seterusnya. Bagaimana dengan sambutan raya di rumah korang semua?
meriah ke?

rumah saya ni hari raya pertama dah habis dah ketupat..ya Allah..
betapa penatnya balik dari kampung tengahari tu terus dah ada orang datang rumah.
1st yang datang kawan sekolah saya..sekarang dah keja jadi polis di serdang then lepas saja dia balik
kaum kerabat or sanak saudara abah semua datang rumah sampailah malam.
boleh bayangkan tak betapa penatnya.

Disebabkan hari raya digagahkan juga melayan tetamu yang datang rumah..
begitu jugala pada hari raya kedua..kami just masak bihun goreng tu pon licin habis
tak sempat nak makan banyak-banyak.

mengenai raya ketiga nanti saya akan kongsi pada entry seterusnya sebab istimewa sikit..
hehehe

oklah, hari ni saya dah kerja walaupun mood masih raya.
tak sabar nak tunggu pukul 5 ptg nak pergi open house.
~ngee




p/s:
Puan sebelah ni tengah jahit langsir.
jeles tengok..kita tak boleh bawa mesin jahit..
huhu

Tuesday, August 6, 2013

Belog pun Beraya?

Assalammualaikum
and 
very good morning !!
hahaha dah macam nak berpidato pulak.
sebenarnya saya hari ni merupakan last day bekerja sebelum cuti raya...
yeayy!!
walaupun dah tahu ramai kawan yang lama start cuti raya tapi do I care?
hihi
lagi satu saya cuma ambil cuti pada hari esok mean Rabu and Isnin depan.cukupla 2 hari saja cuti..

BTW,
sudah berubah jugak header belog saya..kan dah nak raya so my blog also want raya maaa..
saya buat simple dimple je.. ada orang design header bukan main meriah lagi.
tapi saya.. no no no saya tak ada masa..
very the busy sekarang ni..
kesian sangat dekat mama dialah yang terpaksa buat kuih raya tahun nie.
saya sempat buat kuih semperit hehe
kesian..kesian...

okay, hari ni dah decide nak siapkan kain baju kurung n stop menjahit then akan buat kuih 
Suci dalam Debu... korang tahu tak kuih ni macam mana?

kredit: kerorokeroppi

inlah kuihnya...sedap tersangat sangat tau.rugi kalau korang tak ada kuih ni.
memang konfirm akan buat.
okaylah tata


p/s:
sesi memohon maaf di next entry 
yerk.

Sunday, August 4, 2013

Alhamdulillah...Finally..

Assalammualikum...
morning..hehe saya nak kongsi berita gembira sebenarnya ni..
bukan apa semalam mean 4/8/13 adalah hari yang paling ditakuti oleh semua rakyat jelata UiTM 
sebab...
hari tersebut result akan keluar !!!!
HAHAHA
salah seorang yang nerbesnya adalah sayalah..haha
ya Allah...risau betul masa tu nak tunggu email masuk.dok menjahit pun tak senang tau.
asyik tengok fon je..kejap-kejap tengok fon.
lepas tu bila member dah dapat tahu result bukan nak balas tanya pun..just diam je
then my turn come..
it unbelievable !!!!!
saya dapat DEAN LIST for my final semester.... syukur padaMU ya Allah
kerana memberi peluang kepada hambaMu untuk merasai
perasaan gembira ini.
Akhirnya segala penat lelah saya belajar selama 3 tahun di UiTM akhirnya membuahkan hasil.
at least saya pernah merasa gelaran DL.
BTW, my partner semasa research paper pun termasuk dalam DL. yeayyy !!
hajat kita dah tercapai Mavis .
Congratz to you dear....



Lastly, TAHNIAH buat semua pelajar penerapan 6GA atas segala usaha anda.
walaupun kita selalu digembar-gembur dengan membuat perangai tapi kita dah tunjuk kejayaan kita
pada mereka diluar sana yang memandang serong pada pelajar penerapan.
Till we meet again in convocation's day..
muahhh



ps:
Buat masa sekarang yang tahu ANC ada 3 org
Dean List ada 8 org and 1st class ada 6 org.
TAHNIAH !