Tuesday, July 30, 2013

Mood Raya Datang Lagi


Assalammualaikum...
kurang dari sepuluh hari lagi kita akan habis berpuasa..macam mana?
dah banyak pahala yang kita kumpul sepanjang bulan ramadhan ni?
kalau belum cepat-cepatlah kita sedar and cepat-cepatlah kita kumpul pahala bulan ramadhan ni sementara masih ada peluang.
Bukan apa tahun depan belum tentu lagi kita dapat sambut ke tidak. Moga-moga diberi kesempatan untuk merasai lagi bulan ramadhan tahun hadapan.
BTW, sekarang ni dekat library dah dalam MOOD RAYA. semua dah malas nak buat kerja.
elehh..auta ja lebih padahal dia sorang je yang malas.HAHAHA

tempahan baju bertambah lagi walaupun pada mulanya tak nak ambil banyak just untuk sedara mara je tapi kesian pula dekat m.cik sorang ni sebab tailor yang dia selalu tempah dah tak nak jahit dah FULL katanya.
maybe Allah nak bagi rezeki dekat aku lebih kot.
AMIN...
lagipun saya ni bukan amik upah mahal-mahal pun sebab saya baru lagi haa still belajar.
moga nanti customer saya berpuas hati dengan hasil kerja saya.
customer kauuu..haha

tatata...nak sambung buat keja.

Sunday, July 28, 2013

MORNING BLUES


Morning everyone !!!
huaarghhhhh...mengantuknya pagi nie...
rasa malas sangat nak bangun tido subuh tadi untuk pegi kerja.
kan best kalau dapat cuti lagi..dahla semalam tido lewat siapkan jahit baju orang.
haishhh
ginilah gamaknya bila kita dah start kerja kan? ini baru time praktikal belum lagi kerja betul-betul..
hari ni morning blues laa..
my colleague ada meeting sampai petang so tinggallah saya seorang diri dalam pejabat ni.
okaylah, tak ada idea nak sembang lagi.
tatata

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah dapat juga

Hai korang...
setelah beberapa hari berura-ura nak dapat bonus untuk penjawat awam akhir semalam telah
diumumkan bahawa kerajaan memberi wang saguhati kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan para pesara sebanyak RM250.

Alhamdulillah...dapat juga walaupun kewangan negara tidak begi memberangsangkan. Sesiapa yang masih tidak bersyukur baik bersyukur sekarang at least kita dah ada sedikit wang untuk menghadapi 
raya aidilfitri tidak lama lagi. Untung betul penjawat awam ni..
hehe

BTW, saya still lagi dalam mood praktikal so TIADA ISTILAH GAJI LAGI SEKARANG.
hohoho* nak jugak
tapi tak apa my mom ada..nak bodekla bagi half dari duit saguhati tu blh tak??
hehehe 
kalau tak dapat half pun dapat kasut 1 ke handbag baru ke best juga.
HAHAHA
Please maaa.... dengarla luahan hati anak mama ni. Kak sayang mama...
hehehe *owh, time dpt duit baru nak sayang



pssttt !!! korang boleh amik duit pada 31 July nie.

Wednesday, July 24, 2013

2nd day yang membosankan

Huaargghhhh !! opss.. sori ter menguap pula..
huhuhu
Assalammualaikum.. hai korang my 2nd day praktikal agak membosankan pada sebelah petangnya disebabkan saya dah siap catalog semua buku baru.
hurmmm
itulah kau yana, pulun buat sgt waktu pg. *dush dush

BTW, pada sebelah tengahari pihak audit datang buat spotcheck.HAHA
baru ku tahu perasaan bila audit datang haru biru dibuatnya. Tapi alhamdulillah my bos & my supervisor 
dapat menepis segala cabaran haha.
dah macam main game pula.
okaylah.. itu saja...


p/s:
bila tak ada keje inilah kejanya.
haishh sejak bila ntah.

Ingat Senang Jadi Budak Library??

Assalammualaikum and morning uols....
okay pagi ni saya nak share mengenai my workstation yang saya pernah janjikan pada entry INI .
disebabkan saya seorang sahaja yang menjadi practical student di PSH ni secara automatiknya saya mendapat my OWN WORKSTATION
yeayyyyy happy mendengarnya sebab ada pc sendiri and bolehla online bagai.
HAHAHA * gelak jahat


This is my workstation depan pintu masuk kau...kelass gitu..hihi
Bawah ni pula my other colleague punya workstation. dalam bilik ni just ada 3 staf saje termasuklah saya. My supervisor and boss in the other room.


okay, sekarang saya nak story pada hari pertama kerja. Korang nak tahu tak 1st day saja saya dah kena buat cataloging. MasyaAllah !!! saya terima dengan redha je. dahla kena buat secara manual dulu. settle catalog semua buku barulah akan di "input " masuk ke system. BTW, sini pun guna system ILMU.
sesiapa yang bergelar budak library diaorang akan tahu system ILMU tu apa.
hehehe
korang tengok jelah gambar ni bertungkus lumus nak siapkan catalog buku.
...
...
...
...

buku baru

dah start bersepah dah

psst..inilah manual input sheet utk catalog


p/s:
meja yang besar pon dah tak muat
bila start catalog. hurmm 




Tuesday, July 23, 2013

Practical Training


Assalammualaikum...
hai..hai..hai.. tengah buat apa tu?
saya sekarang ni dah start praktikal dah.. hari ni masuk hari kedua saya ber'praktikal' & bermaustatin di IPSAH mean Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.
Semalam my dad yang hantar then perkara 1st kena buat adalah lapor diri di pejabat pentadbiran.
Nasib baik senang je nak cari pejabat tu then masuk dalam jumpa pegawai handle praktikal then isi borang bagai semua then saya kena guna punch card as usual staff.

Lepas settle lapor diri then pegawai bawa saya ke tempat saya akan menetap setiap hari selama 2 bulan iaitu perpustakaan. Kalau tak silap nama perpustakaan dekat sini ialah Perpustakaan Sultanah Haminah. 
Semua staff disini teramat baik hati tapi sayangnya tak ada ulak staff lelaki yang muda HAHAHA 
semua dah berkahwin or berkeluarga.
Perpustakaan ni pula tak adalah besar sangat & tak adalah kecil sangat okaylah untuk saya pusing-pusing untuk susun buku nanti. hehehe

untuk hari pertama saya ditempatkan di dalam pejabat and guess what???
saya dah ada workstation saya sendiri. BESTNYE.......
bila tanya kawan-kawan lain diaorang ada yang duduk dekat meeting room, makmal & macam-macam tempat. itulah seronoknya bila kita praktikal sorang diri.

Then saya dah ada tugas pertama saya iaitu CATALOG BOOK
okay FINE!!!
dalam hati dah nervous biawak dah sebab dah lama tinggal tak buat catalog.OMG...
bertimbun jugalah saya nak kena buat.. tak pe yana, kau boleh buat..
U CAN DO IT !!
sedapkan hati

Okaylah the next entry saya akan kongsi my workstation okay...
BTW, maybe lepas ni banyak saya akan kongsi mengenai aktiviti saya semasa praktikal..
see yea !



p/s: 
mood practical training
v(^-^)/

Saturday, July 20, 2013

Ramadhan Giveaway by Sabrina INa

Assalamualaikum ,


JOM JOIN RAMADHAN GIVEAWAY BY SABRINA INA !!
PELBAGAI HADIAH MENARIK YANG DISEDIAKAN .

Friday, July 19, 2013

Yeayyy !!! dapat hadiah

Assalammualaikum...morning korang.
acehhhh happy je hari ni tapi sebenarnya happy ni dah banyak hari tapi baru hari ni sempat nak story mory.
hehehehe

Actually sebelum ni kan saya ada banyak join GIVEWAY dari blogger-blogger kat luar sana
and salah satunya GIVEWAY BY JIWAROSAK . Untuk pengetahuan semua GA blogger
ni dah tamat dah & senarai pemenang dah dishortlistkan.

guess what? saya adalah salah seorang pemenang dia... YEAYYYY!! macam tak percaya je.
waktu semak nama tu dah nervous dah mesti tak dapat punya asyik nama blogger lain je..
tup tup kat bawah ada nama saya..
soka-soka sangat...

saya dapat hadiah daripada kak Masni Abdul Kadir iaitu:

Apam polkadot 50 x 2 + cis tart 16 x 2
 
adakah ini??

or


ini???

disebabkan ada 4 pemenang so kak masni akan buat undian utk pastikan siapa
dapat cis tart and siapa dapat apam polkadot.
maybe next week dia akan pos sebab minggu ni busy dengan tempahan kuih raya.
BTW, siapa nak tempah kuih raya bolehlah order dengan kak masni..
mesti sedap hingga menjilat jari.
hehehe




p/s: 
thanx again JIWAROSAK
organize GA ni.kalau ada lagi jemputla..
hehe

Wednesday, July 17, 2013

Tempat Menarik yang Kita tak pernah Terfikir

Assalammualaikum..
hai... disini saya ingin kongsi mengenai tempat-tempat menarik yang saya rasa kita 
tak pernah bayangkan yang tempat macam ni WUJUD. 
SubhanAllah tersangatlah cantik tempat ni kalau saya ada peluang saya ingin 
pergi ke tempat-tempat seperti ni.
InsyaAllah siapa tahu satu hari nanti saya dapat jejak kaki ke sana.
AMINNNNNNNN BANYAK...
~ngeee

hutan buluh jepun
Bamboo Forest, Jepun

Canola Flower Fields, China
Canola Flower Fields, China

Lavender Fields
Lavender Fields di UK dan Perancis

Tulip Fields in Netherlands
Tulip Fields in Netherlands

Wisteria Flower Tunnel
Wisteria Flower Tunnel, Jepun

Tunnel of Love, Ukraine
Tunnel of Love, Ukraine 

Hitachi Seaside Park
Hitachi Seaside Park, Jepun

 Street in Bonn
Street in Bonn, Jerman

Cantik kan semua gambar ni.... I wish I can be there someday...





credit :kfien




Tuesday, July 16, 2013

Tonsil.. tonsil..please go away


Assalammualaikum & morning....
kejap je masa berlalu dah hampir seminggu kita berpuasa..
and next week saya dah start praktikal TAPI yang buat saya risau adalah kesihatan diri saya 
yang masih lagi tidak sihat sesempurnanya. Baru semalam acah-acah macam dah sihat sepenuhnya
 tup-tup pagi ni rasa macam sesak nafas balik. bila check tonsil sebelah dah bengkak sangat ha. 
batuk  pula tak mahu-mahu lega... 
sedih-sedih tersangat


korang please help me nak surutkan bengkak tonsil macam mana...and then
nak cepatkan hilang batuk ni... batuk ni la yang menyebabkan tonsil
membengkak.
I want perform well in my practical training soon.
sesiapa yang ada petua please story me. I really really need your help.
ni tengah menaip pun susah nak bernafas.
Ya Allah...kuat betul dugaan yang Engkau berikan pada hambaMu ini..




p/s:
tolong eh storykan petua
surutkan tonsil & legakan batuk.
dah tak tahan dah ni

Sunday, July 14, 2013

Benda yang tak nak akhirnya terjadi juga [part 2 ]

Assalammualaikum...selamat pagi..
bersambung dari entry INI 
Saya pergi ke hospital untuk check diri ni yang susah untuk bernafas. kalau ikutkan hati nak pego klinik
24 hour je tapi my dad suruh pegi hospital sebab kalau kena admit terus masuk je...
PLEASE la aku tak nak duduk hospital.
bila sampai area kecemasan di hospital ya Allah ramai betul orang. kena tunggu  hampir 2 jam 
nak jumpa pegawai perubatan. badan saya ni dah tak tahan dah dengan kesejukan 
aircond dekat situ.
sebab itulah saya MEMANG taknak pegi hospital masa saat-saat genting macam ni
bukan apa kita dah memang tak larat ditambahkan dengan kena tunggu
kes-kes lagi penting diutamakan memang lagi tak larat.
okay, abaikan yang tu....
jam menunjukkan pukul 1.30 pagi barulah no giliran saya dipanggil,
saya masuk je tengok okay perempuan senang sikit.
maklumlah bila nama pun pegawai perubatan macam-macam dia tanya ada masalh jantung 
dan bla..bla..bla..
check tekanan darah, check paru-paru lepas tu dia suruh nganga mulut...
haa...disitulah segala....


doktor tu cakap tonsil saya dah BENGKAK SANGAT & ADA NANAH.
saya memang ada masalah tonsil sebelum ni tapi taknak pegi operate. sekarang nak kau bila sakit baru nak pegi hospital bagai....
(T_T)
bila difikirkan balik betulla sebelum ni bila saya batuk tonsil saya akan bengkak dan saya akan susah bernafas. macam mana saya boleh lupa pasal tu. sekarang dah menyesal.
siapa yang terseksa???
diri sendiri juga.
doktor justt bagi ubat untuk redakan bengkak tonsil tu & kalau dalam masa 2 3 hari tiada perubahan mean still sesak nafas & etc cepat-cepat pegi hospital.
mesti time tu kena admit..
OWHHH.... NO....





p/s:
sekarang still lagi tak fully recover
tiba-tiba selesema plak lagi terseksa..
dugaan betul puasa kali nie...

Saturday, July 13, 2013

Benda yang tak nak akhirnya terjadi juga [part 1 ]

Assalammualaikum... haii...
akhirnya diberi kesempatan untuk meng'update' blog...
like I said in previous entry, not feeling well...Semalam adalah hari yang paling teruk
bagi saya.
nak tahu kenapa??
I cannot breath properly...OMG... at that time I feel is that anything will happen to me?
(T_T)
saya tak boleh nak baring langsung..batuk dahla teruk tapi tak ada kahak.. and then
the most thing happen lepas saya berbuka. Waktu tu keadaan saya teramatlah lemah
batuk tak henti-henti nafas melalui mulut sebab tak boleh nafas
dengan sempurna.
Hanya Allah yang tahu macam mana saya rasa pada masa tu.
apa yang saya makan masa berbuka habis 'keluar' balik.
bila baring saya tak boleh nafas langsung...
u know that??? TAK BOLEH NAFAS...


tak boleh bayangkan langsung.nak tido tak boleh nak baring tak boleh.. Lastly I decided to 
go to hospital.. Saya hanya boleh diam je...
seorang yang tersangat bising tiba-tiba jadi fully senyap.
hurmmm



p/s:
please pray for me.
really hate this situation.
BTW, i will share my situation in next entry.
sorry.

Friday, July 12, 2013

Not feeling well

Assalammualaikum...
morning semua..macam tak percaya dah 3 hari kita berpuasa di bulan 
yang penuh mulia ni..tapi ada sedih disitu...
nak tahu kenapa?


saya tak sihat haa...selepas saja berbuka semalam terus saja badan rasa tak sihat
ditambahkan lagi dengan batuk..
saya nie kalau dah batuk...tak adanya nak batuk biasa-biasa....
teruk aja batuk haa...
hurm...
jahit baju semalam pun tak habis..pagi ni gagahkan diri menajahit baju..
ada lagi 2 pasang menanti...

Ya Allah... aku terima dugaanMu di bulan yang mulia ini...
doakan saya cepat smbuh ye...
tak suka keadaan macam ni..
ok..tata

Thursday, July 11, 2013

Kerja Part Time



Haii.... salam petang.. nampak katun ni? over betul tau siap jelir lidah lagi ha...
HAHAHA
bukan apa inilah kerja saya bila time cuti iaitu MENJAHIT...
di kesempatan bulan yang mulia ni banyak jugala dapat jahit baju tapi tak adalah tempahan 
macam orang lain. just from sedara dekat-dekat aja.


saya kan student lagi so skill menjahit tu tidaklah terer sangat
dan sekaranglah masanya untuk mengasah skill menjahit 
balik.

OKLAH, nak sambung jahit balik...
tata



p/s:
psstttt.... time ni lah nak kumpul
duit utk raya...
AMINN

WOWW!!! Menakjubkan

Haloooo...
Assalammualaikum...dah bagun belum....
meh pepagi ni saya nak kongsi lukisan-lukisan terbaik dari ladang...
tak percaya??? meh tengok....
...
...
...
...
...





see !!!! kreatif kan pelukis dia... kalaulah saya pandai macam ni...
ada tak dalam kalangan korang yang terer macam ni??
kongsi sikit.



p/s: 
mula sibuk dengan menjahit 
sekarang ni.. 


credit : owner belog

Wednesday, July 10, 2013

Amalan Rasulullah Apabila Tibanya Bulan Ramadhan

Assalammualaikum....

lagi beberapa minit lagi kita akan berbuka puasa... bagi negeri seperti Sabah dan Sarawak
maybe mereka dah berbuka tapi kita ni

di sini saya ingin berkongsi amalan yang dilakukan oleh Rasulullah ketika di 
bulan ramadhan...
mudah-mudahan kita dapat praktikkan di hari-hari yang mendatang...

credit: nor abdullah




p/s:
JANGAN LUPA PERGI 
TERAWIKH MALAM NI...
HEHE

Ganjaran di BUlan RAMADHAN

Assalammualaikum.....
okay... selamat pagi or tengahari?? hehehe
macam mana puasa hari ini....still semangat ke @ dah half??
hehe
disini saya ini berkongsi mengenai GANJARAN apabila tibanya bulan yang mulia iaitu
RAMADHAN.

marilah kita sama-sama mengejar ganjaran tersebut dan jauhi 
KEJAHATAN..
amin..
...
...
...
...
...




p/s:

Tuesday, July 9, 2013

Terawih pertama

Assalammualaikum....
Hai.... fuhh fuhh fuhh... hehe penatnya dah lama tak excersize jejalan nie...
selalu jalan kaki waktu siang je sekarang ni dah kena praktis jalan malam  pula...
bukan apa ramadhan sudah tiba..
marilah kita sama-sama menunaikan terawih di malam hari....
acehhhhh

owh... nak tanya nie korang masih ingat niat puasa??? dah niat belum tu??
HAAHHHH???? 
belum....terlupa? haishhh apa ni...baiklah disini saya ingin kongsi niat untuk berpuasa...
bagi sesiapa yang lebih suka niat untuk sebulan itu lebih bagus bukan apa
takut tak bangun sahur..
hehehe
...
...
...
...
...
...



p/s:
jom tido...
esok bangun awal utk sahur...
selamat berpuasa!!

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

SubhanAllah....Keindahan yang tiada tandinganya

Assalammualaikum....
di pagi yang indah ini saya ingin berkongsi kepada anda semua
mengenai keindahan yang tiada tandingannya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t
anda pernah melihat DUNIA DI BAWAH TANAH ??
kalau belum mari kita sama-sama lihat...
...
...
...
...
...


Carlsbad Cavern Carlsbad Cavern

Derinkuyu Cappadocia Underground Gua purba di Turki

Gua Fingal Gua Fingal,Scotland

Gouffre de Padirac

Reed Cave Flute Reed Cave Flute,China

Gua Lava Tube Gua Lava Tube atau Tiub Lava gua

General Carrera Lake 


Monday, July 8, 2013

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalammualaikum...
hai... korang dah dengar pengumuman khas mengenai tarikh bilanya puasa...
untuk pengetahuan blogger yang belum tahu kita akan memulakan
puasa kita pada 10/07/2013 iaitu pada hari RABU...
so... marilah kita sama-sama mengejar pahala di bulan yang mulia ini dan menambahkan 
amalan seharian kita dengan perkara yang berfaedah & kurangkan perkara
yang sia-sia...

bagi pihak saya dah keluarga ingin mengucapkan
...
..

'SELAMAT BERPUASA DI BULAN YANG PENUH
BERKAT'

Nak Jana Side Income Lebih untuk RAYA NANTI??

Assalammualaikum...
hai..hai..hai.. happy je rasanya hari ni.. nak tahu kenapa??
sebab saya ada daftar website utk jana side income selain nuffnang & churpchurp tengah malam 
semalam..NOW...
bila saya check wahhh begitu pantas dah ada 20sen.
bagi korang may be 20sen tu sedikit tapi jika bandingkan dengan nuffnang especially
memang berbezala..
bagi blogger yang dah lama berblogging ni tahu laa...
hehehe
apa kata sempena kedatangan bulan yang mulia nie.. dan raya pun dah dekat
kita buat side income lebih sedikit..
tak susah pun tau senang je...
kita just promosikan iklan yang diberi..
kalau pada pandangan saya, saya rasa tak salah kita cuba..bukan susah pun sambil online tengok
Facebook pun blh..then bagi siapa yang active Twitter lagi senang..
banyak platform kita boleh promosikan tau..
Nama website nie 8shares

apa lagi...jomla kita sama-sama tambahkan side income.... 
caranya senang saja...
..
..
..
..

1. Daftar sila click SINI
2. Lepas tu korang isi tempat kosong untuk SIGN UP.
3. Lepas dah sign up....TAHNIAH anda dah jadi seahagian dari ahli 8share.
Then sila Log In.
4. Korang update la mengenai personal korang then...
5. Jangan Lupa follow TOUR yang disediakan utk mudahkan korang faham.

Oh...lupa kalau korang nak tengok contoh-contoh iklan yang disediakan oleh 8share
sila click sini...
1 2 3



p/s: 
selamat menadaftar yerk... jangan lupa 
kongsi dengan rakan-rakan.