Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Nyummy Chicken Pie


sumber: google

Hari ni tetiba teringin pula nak makan chicken pie.. dah lama rasanya tak makan..
haishh susah betul orang bila dah mula mengidam ni.
nak pergi beli macam rugi lebih baik kita buat boleh makan banyak sikit kan?
hehehe

So...bermulalah sesi mencari resepi Chicken Pie yang paling sedap di Google.
cari punya cari akhirnya dah jumpa yang menarik minat...

Jadi, disini saya nak kongsi dengan semua resepi Chicken Pie bagi sesiapa yang mengidam juga nak
makan sama dengan saya.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

(Untuk Doh Pie)


150 gram butter
280 gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1 biji kuning telur (dipukul)
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

(Untuk Inti Pie)

1 biji kentang (potong dadu)
(*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi 
(buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (cincang)

~kalau nak guna mix vegetable pon OK~

(Untuk Menumis Inti Pie)

2 sudu minyak masak
(#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
(#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
(#) 1 sudu besar sos tiram
(#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung 
(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara Membuat Inti Pie:

1. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, 
angkat kentang dan toskan minyaknya.
2. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bawang besar kemudian masukkn bahan bertanda (*) 
dan kentang yang telah digoreng tadi.
3. Kemudian, masukkan bahan bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
4. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie ni sehingga menjadi pekat
5. Sejukkan inti pie.

Cara-cara Membuat Doh:

1. Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bahan doh diatas (guna tangan jer).
2. Uli doh tuh hingga terhasil doh yang tidak melekat dimangkuk 
(kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
3. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan-lahan hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
5. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
6. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
7. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang pon boleh, lagi senang.
8. Sedia untuk dimakan seisi keluarga.



Wednesday, August 14, 2013

Kek Batik Biskut Marie

Sumber : En. Google


Bahan-bahan:

1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam.
9. Boleh dihidangkan and sedia di makan 


SELAMAT MENCUBA !!


p/s:
maaf waktu buat dulu tak ambil 
gambar.hehe

Sunday, December 25, 2011

Kek Batik

semalam saya ada try wat resepi baru iaitu kek batik...korang dah pernah makan ker?? nakbuat kek nie xdala susah mana so simple uols....korang pon leh try wat jugak taw..
tapi sekarang nie xleh nak share picture lagi coz still dalam peti sejuk untuk bekukan dia
kita tggu laen entry yerk...sabor dulu......



kek macam ni la saya wat tapi picture nie pinjam kat en. google dulu... yang ori akan muncul kemudian ok??
see u there...