Sunday, July 17, 2011

Bibik Kembali Bertugas....

Akhirnya setelah berminggu-minggu ketiadaan bibik di rumah membuatkan rumah menjadi selerak dan tak terurus..Dengan pemandangan yang kurang menyenangkan di dalam rumah bibik telah mengambil keputusan untuk bekerja kembali....hahhaah itulah status saya kini yang dikenali "BIBIK"....tak tahan benor dengan keadaan rumah yang tak terurus dengan saya balik keja malam setiap hari so my dad cadangkan berhenti kerja dan duduk rumah..boleh jugak rehat-rehat tengok tv....itu katanya....(padahal nak bodek kita tak payah kerja) Bila difikirkan balik memang betul jugak cakap abah kan???dok rumah kemas-kemas, masak dan boleh dikatakan housewife hujung bulan jer dapat gaji.....kan??kan??


Memandangkan keadaan diri yang still lagi x sihat...dan kat kedai amat memerlukan pekerja kerana  sowang pekerja bercuti untuk konvo....saya berhenti kerja supaya x menyusahkan staf kt kedai nanti at least mereka dapat cari orang lain then terus kerja...pasal saya x chat tu sebenarnya akibat daripada jatuh dekat kedai dalam stor..huuhuhu malu sangat n sakit sangat-sangat sampai demam....kaki lebam n pinggang sakit....hohoho dah lama x rasa sakit macam nie....hari jatuh x sakit sangat n xda apa-apa effect lagi tpi dua tiga hari selepas tue Ya Allah.....hanya Tuhan jela yang tahu.....

So...........mama la orang yang gembira sekali bila saya bagitaw nak berhenti kerja sebabbbbbbbbb.........

1. bibik akan kembali bertugas.
2. Mama x payah nak masak dah.
3.bila bibik dah bertugas....so rumah pun kemas n cantik...
4.ada teman nak bergosip n pegi jalan-jalan (I like....)
5. Balik kerja mama boleh tidooooooooo.....

Inilah tugasku....

Sunday, July 10, 2011

Apa nak jadi dengan Malaysia???


Aii...selamat petang semua....sya da nak kongsi ngan korang semua...kan baru ja semalam berlakunya perhimpunan BERSIH..... so nak cakap ckit ja sal tue....korang taw apa yang Ambiga minta melalui IFC? ni apa yang dia minta....or tuntut...korang bacala n pikirkan apa yang akan jadi pada umat Islam kalau kita salah pilih pemimpin tuk masa depan kita.....bagi mak ayah kita diaowang x hidup lama (bukanla nk minta) tpi tuk anak-anak cucu kita nnt......renung-renungkan dan selamat beramal.....
 
TUNTUTAN AMBIGA MELALUI IFC
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam... tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC. Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si Hindu Ambiga!

Saturday, July 2, 2011

Manusia semakin kejam!!!!!!!!!!!

tengah selak-selak newspaper td da terbaca berita nie...nak taw apa?? ni haaa.....Lagi mayat bayi ditemui di perhentian bas....apa nak jadi dunia sekarang nie...makin byk bayi y x berdosa dibuang... dunia...dunia.... bayi nie ditemui oleh seorang wanita di perhentian bas dan mayat bayi tersebut ada di dalam kotak yang dijangka dilahirkan beberapa jam lalu....kecianla pada pasangan suami isteri yang nk sgt ank tp x dapat....tp yang dapat anak snng je buang merata...macam sampah dah bayi nie dibuatnya....hargailah anak yang diberikan oleh Allah... sayangilah mereka....

thanx en.google bg pnjam pic....

p/s: renung-renungkanlah....masih ada masa untuk bertaubat.... (^_^)

Friday, July 1, 2011

nak tahu tak????????

Salam....mesti korang tertanya-tanya kan nk tahu apa....sebenarnya petang nie apa kata kita beralih arah ke islamic ckit....cewahhhhh....bukan apa sekali sekala x salah kita beringat pada Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. korang tahu ka apa istimewanya beliau?? kalau x tahu mari kita sama-sama amik tau ok...

5 Keistimewaan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam

  1. Semua Nabi sebelum Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam diutus kepada seluruh umat alam semesta.
  2. Dihalalkannya harta rampasan perang, dimana kaum sebelumnya masih diharamkan mengambilnya.
  3. Bumi sebagai tempat sholat dan untuk bersuci. Yaitu sebagai masjid dimanapun manusia berada dan dibolehkannya tayammum sebagai pengganti wudhu.
  4. Diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Allah akan menggetarkan hati semua musuh Allah dan Nabi-Nya walaupun pasukan Islam belum ada di hadapan mereka dan masih ada dalam perjalanan yang berjarak 1 bulan.
  5. Diberi syafa’at. Nabi Muhammad Shalallahu’alaihi wasallam adalah yang pertama kali membuka pintu surga dan kaumnya juga adalah yang pertama kali masuk surga. Dan beliau Shalallahu’alaihi wasallam juga akan membanggakan jumlah umatnya yang lebih banyak daripada pengikut Nabi-Nabi yang lain di hari kiamat kelak. Syafa’at beliau Shalallahu’alaihi wasallam akan digunakan untuk memberi pengampunan kepada umatnya sesuai dengan kehendak Allah.

Hadits shahih Muslim :
Dari Jabir bin Abdullah Al-Anshari radiyallahu’anh, ia berkata: Rasulullah shalallahu’alaihi wasallam bersabda: “Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang nabi sebelumku. Semua nabi sebelumku diutus hanya kepada kaumnya, sedangkan aku diutus kepada semua manusia yang berkulit merah dan hitam. Dihalalkan bagiku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan kepada seorang pun sebelumku. Bumi diciptakan untukku dalam keadaan suci menyucikan dan sebagai mesjid. Barang siapa yang menemui waktu salat, maka salatlah di tempat ia berada. Aku diberi kemenangan dengan membuat takut musuh selama jarak perjalanan satu bulan. Dan aku juga diberi syafaat.“

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal....

aku dah keja !!!!

salam....mesti korang menyampahkan baca tajuk entry sy nie..hehehe tp peduli apa kan...saja ja nk sonok2 ckit...alhamdulillah...akhirnya tanggal 29/06/2011 membawa tuah (tuah ker???) y mana sy dapat keja. walaupun keja besa2 ja tp xpedok melepak je kt kedai ni haa...klu da customer baru layan.dahla ada air-cond lagi....bestnya.....nk tahu x keje kt kedai apa? kedai COSWAY... tau x cosway tue apa...?? cosway tu menjual barang2 rumah,kebersihan diri,barang kereta n macam2 lagi...tp barang2 nie mmg best la....ramai customer ckp bgus brg cosway nie....aku penah guna set perfume, bedak,lotion je..tp mmg wangi laaa...suka i...hehehe kadang2 boring jugk haa kt kedai nie klu xda customer.dahla keja 12 jam cuba bayangkan boringnya tu...kat cni apa y sy perhati la kan time pagi customer kurang tp klu petang kdg2 sampai x cukup tgn dibuatnya...haaa...lg 1 sy dh dpt dh gaji hasil sy wat assgnment aritu....alhamdulillah....ni ada lg 1 keja nk wat tp x smpt lagi nie coz bla blik keja mlm mesti dh letih kan..hurmmm...owang dh byr wit tp kita x mula wat keja lg segan la plak...tgkla nnt sy akan wat as soon as possible.

p/s: keja rajin-rajin ae.....
ni nk promote ckit klu da masa melawatla website nie...