Saturday, September 21, 2013

Kenanganmu Akan Bersamaku Selamanya...

Haiii... Khamis lepas merupakan hari terakhir saya berpraktikal di PSH IPSAH..
huhuhu
Berat rasa hati sebenarnya nak tinggalkan ahli keluarga disana walaupun saya yang paling
mudaaaa...yeayyy!!!
hari terakhir saya meninggalkan kesan yang mendalam sangat nak tahu sebab apa?
saya terpaksa siapkan proses catalog thesis lecturer sebanyak 159 buah dengan ketebalan 
yang berbeza dalam masa 1 hari...
can uols imagine???
rasa macam nak  m*****s je hari tu..

tak sampai hati nak tinggalkan pada partner sorang lagi nanti dia akan buat sorang pulak..
dahla thesis tu dekat bilik R&D and bayangkanlah staff yang duduk dekat situ
semuanya pangkat doktor je...so sopanla kami berdua ni wat kerja.
bila tak ada sapa and dah nak dekat tengahri dah..oh lupa bagitau
bagi pekerja kerajaan di Kedah hari khamis hanya half day je kerja mean sampai pukul 3.30 ptg saja
sebab tulah kami rushing siapkan.

ok sambung balik cerita, bila dah tengahri and staff situ tak ada macam lingtang pukang
kami buat kerja sambil berdiri sambil tulis and sambil cop-cop thesis yang menimbun tu...
dah macam kerja pejabat pos dah hahaha
ya Ampunnnnn penat betol sakit pinggang sakit tangan semua sakit.
Finally siap jugak before jam 1.00 ptg.

Semua dah settle, time nak balik tu adalah sesi ucapan perpisahan dengan staff PSH and sesi bergambar
tapi sayang ketua saya tak ada sebab kursus...

Dan, saya dapat beg hadiah... yeayyy terima kasih
warga PSH...jasamu akanku kenang..
nanti free saya pergi melawat k.
sayang semua...
muaaahhhh!

abaikan beg rotan depan tu ~ngee

cenderamata dari warga PSH

Yeayy! dapat shawl *pstt, saya tak pernah ada shawl belang lagi
hihi



akan diupdate bila saya pakai shawl ini
okay?


Cheese Tart Yang Nyum Nyum

Haii.... sebelum nie saya pernah mention yang saya menang GA by
JIWAROSAK.. hah? korang tak tahu meh baca SINI
Inilah kali pertama saya menang GA nie tau..alhamdulillah rezeki saya..
GA ni dah lama tamat tapi baru sekarang sponsor hadiah ni sempat nak pos hadiah kat saya..
xpe-xpe asalkan selamat sampai..
nak tahu saya dapat apa?
meh sini tengok
...
...
...
...
...








Haaaaa.... inilah dia CHEESE TART yang sedap kedaboomm boom and boom...
hahaha
marvelos tau... terima kasih akak Masni Abdul Kadir untuk cheese tart ni.
terima kasih daun keladi kalau blh bagi lagi.. ~ngeee
maaflah disebabkan perjalanan jauh dari Puchong ke Kedah bentuk tart pon 
kureng comel tapi tak apa sebab SEDAPPP...

kalau korang tak percaya or peminat tegar cheese tart korang pesanla dekat kak Masni...
16 biji RM15.00 saiz seperti diatas tak termasuk pos okay...

okay bye..
nak sambung makan balik...


Wednesday, September 18, 2013

2 Days More

Assalammualaikum and morning !
Pejap celik pejam celik tup-tup dah nak habis dah praktikal saya dekat PSH nie.
cepat saja masa berlalu.. esok merupakan hari last saya ber'praktikal' di sini..
sedih pun ada jugak sebab lepas ni dah tak jumpa dengan diaorang dah.

BTW, duduk di sini banyak memberi pengalaman kepada saya samada dari segi pelajaran yang saya pernah berlajar dulu mahupun perkara-perkara lain.

Kita dapat tengok ragam orang bekerja macam mana... percakapan seharian mereka
and siapa cakap bekerja dengan orang lebih tua mean warga emas ni bosan or tak fun...
it quiet interesting working with them. they have a lot of experience and 
mereka banyak memberi tunjuk ajar.

macam dekat tempat kerja saya nie banyak pekerja am so mereka inilah yang banyak membantu.
sampai perkara lain pun saya belajar..sangat menarik!
tak rugi pun saya praktikal dekat sini walaupun libary dia tidaklah besar macam universiti
diluar sana and library ni just besar sikit dari library sekolah.

Yang lagi menarik disini adalah setiap hari khamis kami akan amik masa sedikit pada waktu pagi sebelum library dibuka untuk mengadakan sesi TAZKIRAH. tazkirah ni akan disampaikan oleh ketua unit kami sendiri. bermacam bentuk ilmu agama yang saya dapat pelajari disini.bukan sahaja duniawi tapi juga ilmu akhirat.
Best kan??

For overall... thank a lot IPSAH for approve me to do my practical training here and thank you so much for those staff yang banyak membantu saya selama saya ada disini..
InsyaAllah...kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi.

p/s: 
tak ada kerja kosong ker untuk saya 
di sini? hehe

Tuesday, September 17, 2013

Menghilangkan Kuning Gigi

Gigi anda kuning? ingin putih sebersihnya..apa kata anda cuba petua nie..mudah-mudahan berkesan nanti...
barulah nanti senyuman kita menawan..kan?



1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Sapukan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

Petua di atas mungkin ambil masa kalau nak betul-betul putih.Kalau rajin amalkan lah, insya allah boleh putih..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..hehe..


p/s:
saya ada try ubat gigi jenama colgate yg
terbaru untuk putihkan gigi x silap saya...alhamdulillah
sekarang nampak perubahan dia..
apa kata korang try pula...
good luck !

Kenapa Kita Perlu Kahwin Muda?

Wahhhh tiba-tiba keluar tajuk kahwin muda pulak kan?
hehe
bukan apa tadi waktu ber blogwalking ke blog-blog tiba ada satu entry ni menarik-narik saya
untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua...

Lagipun sejak dua tiga menjak ni ramai betul kawan-kawan saya yang dah berumahtanga.
ALHAMDULILLH.... seru mereka dah sampai..saya??
masih mencari...hahaha

Disini saya ingin berkongsi sedikit mengapa kita perlu berkahwin waktu muda... rupanya best juga ye kahwin awal ni..
* ohhh mama...saya mahu kahwin...kahwin dengan siapa? dengan siapa saja.... ~ngee

ini antara kebaikannya:

1. Tuntutan agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?


2. Mengelak daripada zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa

Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

5. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6. Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

7. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

8. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

10. Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.




p/s:
Bagi kaum-kaum Adam disana jika anda sudah 
berjumpa dgn idaman hati cepat-cepatlah masuk minang yerk..
Ingat ! Hubungan lama pun jika tidak diikat lama-lama pun blh
roboh..
waAllahualam

Haram Lalu Dihadapan Orang Solat

Rasullulah saw melarang sesiapa pun berjalan di hadapan seorang yang sedang solat, dalam batas sutrahnya (hadangnya). Perbuatan itu dianggap haram dan berdosa besar. 

Hadis Riwayat Ibnu Majah , Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah menyatakan : 
Rasullulah saw bersabda: "Jika seseorang itu tahu apa yang akan menimpanya (dosa) kerana lalu di hadapan seorang saudaranya yang sedang bermunajat dengan Allah , nescaya berhenti 100 tahun lebih baik daripada melangkah di hadapan orang yang sedang solat."


Kata Ibnu Hibban dan beberapa ulama bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tadi ialah bila orang yang solat itu meletakkan sutrah atau tanda sempadan di hadapannya ketika dia solat di tempat lapang. 

Maka dilarang keras berjalan di hadapan seorang musalli ialah berjalan di hadapannya di dalam kawasan surahnya atau sujudnya. 

Berhubung dengan larangan ini sebuah Hadis Riwayat Bukhari,Muslim dari Abi Said al Khudri menjelaskan :
"Apabila seorang kamu bersolat dengan mengadakan sutrah (hadangan) di hadapanmu, jika ada orang hendak lalu dihadapanmu hendaklah ditolak dadanya. Jika dia enggan berhenti hendaklah dibunuh (dengan menggunakan kekerasan) kerana orang itu adalah syaitan." 

Para ulama fiqh seperti Asy-Syafii,Malik dan Hanafi yang mencontohi para sahabat berkata, menolak orang yang hendak lalu di hadapan musalli tidak membatalkan solat walaupun berulang kali. 

Yang dimaksudkan dengan sutrah di hadapan seorang musalli ialah apabila solat dilakukan di tanah lapang. 

Jika seseorang itu solat di dalam masjid tidaklah diperlukan sutrah. Maka batas sutrah dalam solatnya ialah kawasan sujudnya. Jika ada orang lalu di dalam kawasan sujudnya dia hendaklah menghalang orang itu dengan tangannya. Dan jika orang itu enggan berhenti hendaklah ditolak dengan keras, kerana orang itu mungkin syaitan berupa manusia. 

Sutrah yang dimaksudkan dalam Hadis tadi adalah sebarang benda yang boleh menjadi tanda kawasan sujud seorang musalli. Tanda itu boleh berupa batu, batang kayu,bantal ataupun binatang tunggangan. 

Imam Ahmad, Abu Daud,An-Nasaa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar: 
"Adalah Nabi saw apabila berada di tanah lapang pada hari Id,baginda menyuruh orang membawa tongkat. Tongkat itu dipacakkan di hadapan Nabi saw , lalu Nabi saw pun solat dan para sahabat solat dibelakangnya. Nabi saw berbuat demikian dalam safar , kemudian dicontohi oleh para sahabat." 

Dalam hadis lain dari Ibnu Umar juga , katanya : 
"Adalah Nabi saw meletakkan kenderaannya di hadapannya dan solat menghadapinya." 

Dalam riwayat lain dari Al Miqdad Ibnu Aswad dinyatakan bahawa Nabi saw meletakkan kayu atau galah dihadapannya , di kiri sedikit atau kanan sedikit ketika solat dan tidak tepat di hadapannya. 

Petikan : 

Buku "Solat Rasullulah" 
Mustaffa Suhaimi
Halaman 88-91

Wednesday, September 11, 2013

iPhone 5S OFFICIAL Release Video

Assalammualaikum and morning !!
mengenai masalah blog yang saya mention semalam dah pun selesai bila buka pagi tadi...
Alhamdulillah...
cepat mereka selesaikan...
BTW, disini saya ingin berkongsi mengenai latest gadget keluaran APPLE...
actually saya nie memang peminat tegar iphone and finally saya dapat beli juga..
\(^_^)/

Pihak Apple telah mengeluarkan keluaran baru mereka iaitu IPHONE 5S dengan lebih banyak features yang menarik. yang lebih penting Iphone 5s ini adalah IOS7. wowww!!
untung bagi sesiapa yang akan memilikinya nanti...
dan features yang menarik perhatian saya adalah sensor finger untuk home button... 
kiranya lepas ni dah tak ada dah home button nak rosak jugak ~ngee

Mari kita tengok official IPHONE 5S RELEASE.... and for those who want this u must alert k
when they are to Malaysia and I think it around November maybe.
see yaaaa
...
...
...




p/s: 
buat masa sekarang saya 
setia dengan iphone 5.
hehe

Tuesday, September 10, 2013

Nyummy Chicken Pie


sumber: google

Hari ni tetiba teringin pula nak makan chicken pie.. dah lama rasanya tak makan..
haishh susah betul orang bila dah mula mengidam ni.
nak pergi beli macam rugi lebih baik kita buat boleh makan banyak sikit kan?
hehehe

So...bermulalah sesi mencari resepi Chicken Pie yang paling sedap di Google.
cari punya cari akhirnya dah jumpa yang menarik minat...

Jadi, disini saya nak kongsi dengan semua resepi Chicken Pie bagi sesiapa yang mengidam juga nak
makan sama dengan saya.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

(Untuk Doh Pie)


150 gram butter
280 gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1 biji kuning telur (dipukul)
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

(Untuk Inti Pie)

1 biji kentang (potong dadu)
(*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi 
(buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (cincang)

~kalau nak guna mix vegetable pon OK~

(Untuk Menumis Inti Pie)

2 sudu minyak masak
(#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
(#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
(#) 1 sudu besar sos tiram
(#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung 
(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara Membuat Inti Pie:

1. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, 
angkat kentang dan toskan minyaknya.
2. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bawang besar kemudian masukkn bahan bertanda (*) 
dan kentang yang telah digoreng tadi.
3. Kemudian, masukkan bahan bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
4. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie ni sehingga menjadi pekat
5. Sejukkan inti pie.

Cara-cara Membuat Doh:

1. Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bahan doh diatas (guna tangan jer).
2. Uli doh tuh hingga terhasil doh yang tidak melekat dimangkuk 
(kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
3. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan-lahan hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
5. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
6. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
7. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang pon boleh, lagi senang.
8. Sedia untuk dimakan seisi keluarga.



Blog Ada Problem??


Assalammualaikum...

selamat pagi yang mendung dan hujan...
sebenarnya nak tanya blogger-blogger di luar sana korang ada problem tak dengan blog.

saya ada problem laaa...waktu buka blog tadi tengok ada 3 comment awaiting moderation tp 
bila nak di publish tak boleh...
why? why? why? 

dia jadi macam nie..
...
...
...
...

1st pic

2nd pic


korang tau tak napa tak boleh?? haishhhh... bermasalah betul...
korang ada jadi camni tak?
please share....




Monday, September 9, 2013

Bunga Ros Hiasan



wahhhh.... macam menarik je DIY nie...nampak senang and menarik... boleh buat ni and then letak dekat pintu depan rumah sebagai welcoming... good idea... very creative...I like....

haaa.. kalau korang nk try buat... jangan lupa kongsikan pada saya k..
lepas ni nak pegi cari la perkakas nak buat bunga ros ni.

SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, August 14, 2013

Nak Dapat Duit Raya??

Sapa nak duit raya???
Haaa...mesti semua nak kan??
jomla kita main klik-klik....


Anda klik anda dapat AND
saya pun dapat..
SO..
...
...
...
...

jom KLIK

Petua Kempiskan Perut

Sumber: En. Google

Pilihan 1: 
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
2. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
3. Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Pilihan 2:
1. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
2. Embunkan semalaman.
3. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Pilihan 3:
1. Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
2. Minum air setelah selesai makan
3. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.

Pilihan 4: 
Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah dengan mencampurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan 1 sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan tersebut pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Pilihan 5: 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 6: 
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.



p/s:
lepas raya ni mesti berat badan dah naik..
ntah2 perut pon naik sama.
So..sama-samalah kita praktis.

Kek Batik Biskut Marie

Sumber : En. Google


Bahan-bahan:

1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:

1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam.
9. Boleh dihidangkan and sedia di makan 


SELAMAT MENCUBA !!


p/s:
maaf waktu buat dulu tak ambil 
gambar.hehe

Tuesday, August 13, 2013

Side Income

Anda ingin menjana pendapatan sampingan?
TANPA perlu membayar duit pendahuan?
TANPA membazirkan masa?
TANPA mengganggu urusan kerja seharian?

anda hanya perlu menjawab SURVEY yang diberikan..
HANYA menggunakan seminit dua sahaja..
anda akan mendapat bayaran berdasarkan SURVEY tersebut..
tepuk dada tanya selera..
tidak salah ingin membuat side income..

hanya NAK or TAK NAK....



Selamat Hari Raya

Assalammualaikum...


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN 

Maaf agak terlewat untuk meng'wish' raya..hehe bukan apa terlampau sibuk tersangat pada hari raya 
pertama dan seterusnya. Bagaimana dengan sambutan raya di rumah korang semua?
meriah ke?

rumah saya ni hari raya pertama dah habis dah ketupat..ya Allah..
betapa penatnya balik dari kampung tengahari tu terus dah ada orang datang rumah.
1st yang datang kawan sekolah saya..sekarang dah keja jadi polis di serdang then lepas saja dia balik
kaum kerabat or sanak saudara abah semua datang rumah sampailah malam.
boleh bayangkan tak betapa penatnya.

Disebabkan hari raya digagahkan juga melayan tetamu yang datang rumah..
begitu jugala pada hari raya kedua..kami just masak bihun goreng tu pon licin habis
tak sempat nak makan banyak-banyak.

mengenai raya ketiga nanti saya akan kongsi pada entry seterusnya sebab istimewa sikit..
hehehe

oklah, hari ni saya dah kerja walaupun mood masih raya.
tak sabar nak tunggu pukul 5 ptg nak pergi open house.
~ngee




p/s:
Puan sebelah ni tengah jahit langsir.
jeles tengok..kita tak boleh bawa mesin jahit..
huhu

Tuesday, August 6, 2013

Belog pun Beraya?

Assalammualaikum
and 
very good morning !!
hahaha dah macam nak berpidato pulak.
sebenarnya saya hari ni merupakan last day bekerja sebelum cuti raya...
yeayy!!
walaupun dah tahu ramai kawan yang lama start cuti raya tapi do I care?
hihi
lagi satu saya cuma ambil cuti pada hari esok mean Rabu and Isnin depan.cukupla 2 hari saja cuti..

BTW,
sudah berubah jugak header belog saya..kan dah nak raya so my blog also want raya maaa..
saya buat simple dimple je.. ada orang design header bukan main meriah lagi.
tapi saya.. no no no saya tak ada masa..
very the busy sekarang ni..
kesian sangat dekat mama dialah yang terpaksa buat kuih raya tahun nie.
saya sempat buat kuih semperit hehe
kesian..kesian...

okay, hari ni dah decide nak siapkan kain baju kurung n stop menjahit then akan buat kuih 
Suci dalam Debu... korang tahu tak kuih ni macam mana?

kredit: kerorokeroppi

inlah kuihnya...sedap tersangat sangat tau.rugi kalau korang tak ada kuih ni.
memang konfirm akan buat.
okaylah tata


p/s:
sesi memohon maaf di next entry 
yerk.

Sunday, August 4, 2013

Alhamdulillah...Finally..

Assalammualikum...
morning..hehe saya nak kongsi berita gembira sebenarnya ni..
bukan apa semalam mean 4/8/13 adalah hari yang paling ditakuti oleh semua rakyat jelata UiTM 
sebab...
hari tersebut result akan keluar !!!!
HAHAHA
salah seorang yang nerbesnya adalah sayalah..haha
ya Allah...risau betul masa tu nak tunggu email masuk.dok menjahit pun tak senang tau.
asyik tengok fon je..kejap-kejap tengok fon.
lepas tu bila member dah dapat tahu result bukan nak balas tanya pun..just diam je
then my turn come..
it unbelievable !!!!!
saya dapat DEAN LIST for my final semester.... syukur padaMU ya Allah
kerana memberi peluang kepada hambaMu untuk merasai
perasaan gembira ini.
Akhirnya segala penat lelah saya belajar selama 3 tahun di UiTM akhirnya membuahkan hasil.
at least saya pernah merasa gelaran DL.
BTW, my partner semasa research paper pun termasuk dalam DL. yeayyy !!
hajat kita dah tercapai Mavis .
Congratz to you dear....



Lastly, TAHNIAH buat semua pelajar penerapan 6GA atas segala usaha anda.
walaupun kita selalu digembar-gembur dengan membuat perangai tapi kita dah tunjuk kejayaan kita
pada mereka diluar sana yang memandang serong pada pelajar penerapan.
Till we meet again in convocation's day..
muahhh



ps:
Buat masa sekarang yang tahu ANC ada 3 org
Dean List ada 8 org and 1st class ada 6 org.
TAHNIAH !

Tuesday, July 30, 2013

Mood Raya Datang Lagi


Assalammualaikum...
kurang dari sepuluh hari lagi kita akan habis berpuasa..macam mana?
dah banyak pahala yang kita kumpul sepanjang bulan ramadhan ni?
kalau belum cepat-cepatlah kita sedar and cepat-cepatlah kita kumpul pahala bulan ramadhan ni sementara masih ada peluang.
Bukan apa tahun depan belum tentu lagi kita dapat sambut ke tidak. Moga-moga diberi kesempatan untuk merasai lagi bulan ramadhan tahun hadapan.
BTW, sekarang ni dekat library dah dalam MOOD RAYA. semua dah malas nak buat kerja.
elehh..auta ja lebih padahal dia sorang je yang malas.HAHAHA

tempahan baju bertambah lagi walaupun pada mulanya tak nak ambil banyak just untuk sedara mara je tapi kesian pula dekat m.cik sorang ni sebab tailor yang dia selalu tempah dah tak nak jahit dah FULL katanya.
maybe Allah nak bagi rezeki dekat aku lebih kot.
AMIN...
lagipun saya ni bukan amik upah mahal-mahal pun sebab saya baru lagi haa still belajar.
moga nanti customer saya berpuas hati dengan hasil kerja saya.
customer kauuu..haha

tatata...nak sambung buat keja.

Sunday, July 28, 2013

MORNING BLUES


Morning everyone !!!
huaarghhhhh...mengantuknya pagi nie...
rasa malas sangat nak bangun tido subuh tadi untuk pegi kerja.
kan best kalau dapat cuti lagi..dahla semalam tido lewat siapkan jahit baju orang.
haishhh
ginilah gamaknya bila kita dah start kerja kan? ini baru time praktikal belum lagi kerja betul-betul..
hari ni morning blues laa..
my colleague ada meeting sampai petang so tinggallah saya seorang diri dalam pejabat ni.
okaylah, tak ada idea nak sembang lagi.
tatata

Thursday, July 25, 2013

Alhamdulillah dapat juga

Hai korang...
setelah beberapa hari berura-ura nak dapat bonus untuk penjawat awam akhir semalam telah
diumumkan bahawa kerajaan memberi wang saguhati kepada penjawat awam sebanyak RM500 dan para pesara sebanyak RM250.

Alhamdulillah...dapat juga walaupun kewangan negara tidak begi memberangsangkan. Sesiapa yang masih tidak bersyukur baik bersyukur sekarang at least kita dah ada sedikit wang untuk menghadapi 
raya aidilfitri tidak lama lagi. Untung betul penjawat awam ni..
hehe

BTW, saya still lagi dalam mood praktikal so TIADA ISTILAH GAJI LAGI SEKARANG.
hohoho* nak jugak
tapi tak apa my mom ada..nak bodekla bagi half dari duit saguhati tu blh tak??
hehehe 
kalau tak dapat half pun dapat kasut 1 ke handbag baru ke best juga.
HAHAHA
Please maaa.... dengarla luahan hati anak mama ni. Kak sayang mama...
hehehe *owh, time dpt duit baru nak sayang



pssttt !!! korang boleh amik duit pada 31 July nie.

Wednesday, July 24, 2013

2nd day yang membosankan

Huaargghhhh !! opss.. sori ter menguap pula..
huhuhu
Assalammualaikum.. hai korang my 2nd day praktikal agak membosankan pada sebelah petangnya disebabkan saya dah siap catalog semua buku baru.
hurmmm
itulah kau yana, pulun buat sgt waktu pg. *dush dush

BTW, pada sebelah tengahari pihak audit datang buat spotcheck.HAHA
baru ku tahu perasaan bila audit datang haru biru dibuatnya. Tapi alhamdulillah my bos & my supervisor 
dapat menepis segala cabaran haha.
dah macam main game pula.
okaylah.. itu saja...


p/s:
bila tak ada keje inilah kejanya.
haishh sejak bila ntah.