Wednesday, January 4, 2012

Lagi isu Amalina Che Bakri

semalam saya ada post entry mengenai pelajar SPM, Amalina Che Bakri yang telah berubah penampilan beliau ke arah keseksian...ada ke ayat cmtu.. hahaha 
kalau korang belum baca meh terjah sini ..
pagi nie...ibu beliau tampilkan diri menjawab segala isu-isu yang heboh di Facebook dan blog-blog
mengenai perihal anak beliau...
mari kita skodeng apa ibu beliau jawab yerk kawan-kawan...
....
...
...
...
...
...
...


JOHOR BAHRU: “Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.
Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.





p/s: sama-samalah kita berdoa untuk beliau
AMIN...








sumber: Harian Metro

2 comments:

  1. Inilah dia. terlampau educated...ginie lah jd nya. di malaysia tampil dgn image bersih. di luar negara tampil dgn image vogue seksi. hemprhhhh

    ReplyDelete
  2. hehehe allah je tau yg benarnye

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai..anda pasti comel jika memberi komen walaupun sekali
(^_^)