Sunday, December 4, 2011

Kenapa dengan High Heels??


Salam..selamat petang semua...agak lama x update entry blog nie.. entah-entah dah berhabuk banyak kan?? hehe besalh student life ada sibuknya...ok...stop it..cantik x kasut kat atas nie..bagi perempuan kasut tumit tggi tak dapat dipisahkan dgn kaki *acececece kite nie dah nama pon perempuan bila sale jer mesti ada kasut nak dibeli....tambah sekarang nie dah macam-macam trend high heel yang ada kat luar sana...tapi dalam seronok bergaya dengan high heels kita nie...adakah kita tahu kesan penggunaan high heels nie?? meh kita tengok..
...
...
...
...
...
...

Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,” 






Sebenarnya kesan pemakaian kasut tumit tinggi tidak hanya terhad pada kaki, tetapi tulang belakang korang juga. Ini kerana, perubahan satah tumit (sepatutnya selari dengan tanah permukaan) menyebabkan badan anda ke hadapan daripada biasa, sekaligus mampu menyebabkan sakit belakang. Selain itu, fenomena ini juga mengakibatkan kedudukan pelvis ‘lari’ sedikit ke hadapan. Untuk menyeimbangkan kembali berat, anda secara semulajadi akan menggerakkan kepala dan dagu sedikit ke hadapan, dan ini akan mengakibatkan kesakitan pada leher (semacam terkehel) apabila berlangsung untuk tempoh yang lama.

Dalam gambar rajah di atas, korang dapat lihat bagaimana kesannya apabila kita memakai kasut tumit tinggi.Semakin tinggi kasut kita maka semakin tinggi tekanan yang kita hadapi.
Malah, pemakaian kasut tumit tinggi itu sendiri bahaya memandangkan risiko untuk terseliuh akan semakin meningkat apabila ketinggian tumit kasut tersebut semakin bertambah dan meruncing. 

Okeh...bagi ladies diluar sana yang still nk be'high heels' jugak nie ada sedikit tips untuk korang bila memilih high heels:

1) Tumitnya tidak terlalu tinggi melampau
2) Jangan memilih kasut tumit tinggi yang hujungnya meruncing, pastikan jari kaki anda selesa.
3) Pilih kasut tumit tinggi yang diperbuat daripada kulit atau mikrofiber (strukturnya lembut), jangan pula pilih yang terlalu keras sehingga mampu membuatkan kaki melecet!
4) Penggunaan Insolia membantu dalam menyeimbangkan kembali berat badan yang tertumpu 
5) kepada hujung kaki supaya diseimbangkan kepada bahagian tumit. Boleh beli dari kedai kasut, atau boleh beli terus secara online.

p/s: lepas nie nk kurangkan 
pakai high heels 4 inci
takut den (^_^)v

1 comment:

  1. pakai heels ni mmg tak baik utk kesihatan. tp cantik :P benda yg cantik mmg kebykknnya memudaratkan :D

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai..anda pasti comel jika memberi komen walaupun sekali
(^_^)