Tuesday, March 8, 2011

~I MISS HER~

bangun je dari tido tiba-tiba aku terus ingatkan mama...huhuuhu rindu sangat kt mama...bila la agaknya boleh balik kampung kan?? rindu mama, rindu masakan mama ya Allah cepatlah masa berlalu...I MISS MY FAMILI A LOT....huhuhu (!_!) dh agak lama aku x balik kampung..dulu time dok dekat je ngan rumah boleh dikatakan every weekend mesti balik umah....pagi nie jugak aku tingat masakan mama yang paling aku suka iaitu RENDANG DAGING... sedappppp sangat....makan selalu pon x muak owang kata....tingin sangat nk makan rendang...selalunya mesti kowang makan rendang time raya ja kan??/tapi aku setiap masa pon blh makan...bukan kena tggu raya jer...kt kampung semua benda blh dapat dengan mudah....lengkuas ke apa2 jela yang susah nak dapat kt bandar nie.... kalau kowang nak try belaja wat rendang daging...nie ada resepinya....
Selamat Mencuba......

Bahan-bahan

 1 kilo daging, dipotong ikut suka
1 liter santan
½ cawan kerisik
2 keping asam keping, direndam, cuci bersih dan dihiris halus
2 helai daun limau purut
1 ketul gula melaka (sederhana besar)
4 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

Bahan untuk dikisar

20 batang lada merah
20 batang cili padi thailand
500 gram bawang kecil
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
4 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 helai daun kunyit (batangnya dibuang)

Cara-cara

01.Bahan yang telah dikisar dimasukkan dalam kuali bersama daging.

02.Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan  santan, gula melaka, kerisik, daun limau purut, asam keping, garam dan  serbuk perasa.

03.Masak lagi sehingga ia kering.  Angkat dan hidangkan.

 

No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai..anda pasti comel jika memberi komen walaupun sekali
(^_^)