Alooo...hai....korang dah tido ker....
mesti korang pelik kan tiba-tiba malam ni nak berjiwang bagai plak...
bukan apa...sebenar Selamat Malam Kekasih tu ialah novel...
keluaran KarnaDya Solutions...
ditulis oleh Aina Emir...
Best taw novel nie....saya baru jer habiskan baca...
actually novel nie dah lama sangat beli time kitoarang g interview publisher
KarnaDya kat Puchong...
disebabkan masalah ke'busy' an .. (hahahaha..ayat apa ntah) tepaksa postpone
dulu utk baca novel nie..
akhirnya semalam barulah abis baca...
haaa...inilah novel tue...cantik kan...??
suka taw dgn keluaran KarnaDya coz ia lain dari yang lain...
dia dapat tarik perhatian kita sebagai pembaca utk beli novel keluaran mereka..
korang nak taw sinopsis novel nie???
meh kita baca....
...
...
...
...
Sinopsis:
Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.
Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup ‘mata’ untuk diletakkan dalam senarai calonnya.
Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?
Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban
Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?
Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?
Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan
p/s: rugi taw x baca....
walaupun saya agak lambat
tpi uols kena baca..
terbaek !!
No comments:
Post a Comment
Komen anda amatlah dihargai..anda pasti comel jika memberi komen walaupun sekali
(^_^)