Tuesday, September 17, 2013

Menghilangkan Kuning Gigi

Gigi anda kuning? ingin putih sebersihnya..apa kata anda cuba petua nie..mudah-mudahan berkesan nanti...
barulah nanti senyuman kita menawan..kan?



1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Sapukan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

Petua di atas mungkin ambil masa kalau nak betul-betul putih.Kalau rajin amalkan lah, insya allah boleh putih..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..hehe..


p/s:
saya ada try ubat gigi jenama colgate yg
terbaru untuk putihkan gigi x silap saya...alhamdulillah
sekarang nampak perubahan dia..
apa kata korang try pula...
good luck !

Kenapa Kita Perlu Kahwin Muda?

Wahhhh tiba-tiba keluar tajuk kahwin muda pulak kan?
hehe
bukan apa tadi waktu ber blogwalking ke blog-blog tiba ada satu entry ni menarik-narik saya
untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua...

Lagipun sejak dua tiga menjak ni ramai betul kawan-kawan saya yang dah berumahtanga.
ALHAMDULILLH.... seru mereka dah sampai..saya??
masih mencari...hahaha

Disini saya ingin berkongsi sedikit mengapa kita perlu berkahwin waktu muda... rupanya best juga ye kahwin awal ni..
* ohhh mama...saya mahu kahwin...kahwin dengan siapa? dengan siapa saja.... ~ngee

ini antara kebaikannya:

1. Tuntutan agama

Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?


2. Mengelak daripada zina

Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawab

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

4. Menimbulkan ketenangan jiwa

Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

5. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

6. Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

7. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

8. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

9. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

10. Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.




p/s:
Bagi kaum-kaum Adam disana jika anda sudah 
berjumpa dgn idaman hati cepat-cepatlah masuk minang yerk..
Ingat ! Hubungan lama pun jika tidak diikat lama-lama pun blh
roboh..
waAllahualam

Haram Lalu Dihadapan Orang Solat

Rasullulah saw melarang sesiapa pun berjalan di hadapan seorang yang sedang solat, dalam batas sutrahnya (hadangnya). Perbuatan itu dianggap haram dan berdosa besar. 

Hadis Riwayat Ibnu Majah , Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah menyatakan : 
Rasullulah saw bersabda: "Jika seseorang itu tahu apa yang akan menimpanya (dosa) kerana lalu di hadapan seorang saudaranya yang sedang bermunajat dengan Allah , nescaya berhenti 100 tahun lebih baik daripada melangkah di hadapan orang yang sedang solat."


Kata Ibnu Hibban dan beberapa ulama bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tadi ialah bila orang yang solat itu meletakkan sutrah atau tanda sempadan di hadapannya ketika dia solat di tempat lapang. 

Maka dilarang keras berjalan di hadapan seorang musalli ialah berjalan di hadapannya di dalam kawasan surahnya atau sujudnya. 

Berhubung dengan larangan ini sebuah Hadis Riwayat Bukhari,Muslim dari Abi Said al Khudri menjelaskan :
"Apabila seorang kamu bersolat dengan mengadakan sutrah (hadangan) di hadapanmu, jika ada orang hendak lalu dihadapanmu hendaklah ditolak dadanya. Jika dia enggan berhenti hendaklah dibunuh (dengan menggunakan kekerasan) kerana orang itu adalah syaitan." 

Para ulama fiqh seperti Asy-Syafii,Malik dan Hanafi yang mencontohi para sahabat berkata, menolak orang yang hendak lalu di hadapan musalli tidak membatalkan solat walaupun berulang kali. 

Yang dimaksudkan dengan sutrah di hadapan seorang musalli ialah apabila solat dilakukan di tanah lapang. 

Jika seseorang itu solat di dalam masjid tidaklah diperlukan sutrah. Maka batas sutrah dalam solatnya ialah kawasan sujudnya. Jika ada orang lalu di dalam kawasan sujudnya dia hendaklah menghalang orang itu dengan tangannya. Dan jika orang itu enggan berhenti hendaklah ditolak dengan keras, kerana orang itu mungkin syaitan berupa manusia. 

Sutrah yang dimaksudkan dalam Hadis tadi adalah sebarang benda yang boleh menjadi tanda kawasan sujud seorang musalli. Tanda itu boleh berupa batu, batang kayu,bantal ataupun binatang tunggangan. 

Imam Ahmad, Abu Daud,An-Nasaa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar: 
"Adalah Nabi saw apabila berada di tanah lapang pada hari Id,baginda menyuruh orang membawa tongkat. Tongkat itu dipacakkan di hadapan Nabi saw , lalu Nabi saw pun solat dan para sahabat solat dibelakangnya. Nabi saw berbuat demikian dalam safar , kemudian dicontohi oleh para sahabat." 

Dalam hadis lain dari Ibnu Umar juga , katanya : 
"Adalah Nabi saw meletakkan kenderaannya di hadapannya dan solat menghadapinya." 

Dalam riwayat lain dari Al Miqdad Ibnu Aswad dinyatakan bahawa Nabi saw meletakkan kayu atau galah dihadapannya , di kiri sedikit atau kanan sedikit ketika solat dan tidak tepat di hadapannya. 

Petikan : 

Buku "Solat Rasullulah" 
Mustaffa Suhaimi
Halaman 88-91